HOMEPROMOTIONVIEW CARTAPPLICATION STATUSLOGIN


     LCD TV 
     Fridge 
     Washer 
     Sewing 
     Air Cond 
     Bicycle 
     Furniture 
     Furnishing 
     Dinnerware 
     Camera HiFi 
     Others 

a. Buka Komputer yang berinternet dengan memasuki terus ke Laman Web eCatalogue:http://www.pernama-ecatalogue.com atau melalui Laman Web PERNAMA:

b. Pilih barangan yang tersedia dipaparan dan kenalpasti barangan yang ingin dibeli.

c. Klik tetikus (sekali) pada barangan yang diingini. Anda akan dibawa kepaparan terperinci dengan penerangan lanjut pada produk tersebut berserta dengan harga jualan dan juga tempuh dan amaun potongan bulanan yang bersesuaian mengikut Tarikh Tamat Perkhidmatan anda.

d. Klik tetikus (sekali) pada gambar bakul dipenghujung tempuh yang ingin dipilih dan anda akan dibawa ke paparan berikutnya; iaitu pecahan terperinci pengiraan rebeh dan insuran mengikut tempuh yang telah dipilih.

e. Jika anda berpuas hati dengan pengiraan diatas, klik tetikus (sekali) pada perkataan 'Checkout' dan anda akan melihat paparan 'Butir-Butir Pembeli'. Penuhkan semua ruang pada maklumat yang diperlukan.

f. Selepas semua ruang telah dipenuhkan, klik tetikus (sekali) pada 'Proceed to submit application details' Disini, sekira terdapat ruang yang masih belum dipenuhi, Peringatan (bertulisan merah) akan dipapar dibawah paparan 'Butir-Butir Pembeli'. Penuhkan ruang seperti yang diarahkan dan klik semula tetikus (sekali) pada 'Proceed to submit application details'

g. Sekira semua ruang telah dipenuhi, apabila tetikus diklik (sekali) pada 'Proceed to submit application details' anda akan dibawa kepaparan 'Terms and Condition'. Baca dan hayati terma dan syarat sebelum anda klik tetikus (sekali) pada perkataan 'I Agree'.

h. Paparan seterusnya akan memaparkan 'Terima Kasih' dan juga Nombor Rujukan Pesanan untuk anda salin dan rujuk sekira ada sebarang pertanyaan.

i. Selamat membeli melalui Laman Web eCatalogue